JAWATANKUASA JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
Bidang tugas :
- Mengedarkan buku jadual kedatangan sementara dan kekal kepada guru tingkatan.
- Mengedarkan lampiran ‘panduan dan peraturan mengisi butir-butir dalam buku jadual kedatangan’.
- Mengedarkan lampiran ‘rekod surat amaran dan buang sekolah’ untuk ditampal dibahagian kulit dalam bahagian belakang buku kedatangan.
- Menyemak nama dan butiran lain pelajar diisi dengan betul dan lengkap
- Memastikan guru kelas menghantar surat amaran pertama, kedua, akhir dan buang sekolah bagi pelajar ponteng berturut dan berkala.
- Memastikan semua buku kedatangan pelajar sentiasa berada di pejabat untuk kegunaan serta merta oleh pihak pentadbiran.
- Menyemak buku jadual kedatangan setiap hujung bulan setelah guru kelas menutup jadual kedatangan setiap hujung bulan.